Search This Blog

Tertib Dalam Amalan : Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat

Kalau Tuhan tidak 'wujud' di dalam ibadah, lama kelamaan,  Tuhan akan bertambah jauh dan bertambah jauh. 
Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah untuk dipuji, untuk disanjung, dan kerana 
sebab-sebab  lain yang berbentuk duniawi. Sudah tentulah ia tidak akan ada nilai apa-apa. 
Malahan ibadah seperti ini akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya beserta dengan laknat-Nya 
sekali. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri mulia, rasa diri baik 
dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada “progression”nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. 

Ia bermula dengan Syariat, kemudian dengan Tariqat, diikuti pula dengan Hakikat dan diakhiri dengan 
Makrifat.

1. Syariat.
Ini adalah ilmu. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. 

Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak
boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita 
mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam dan kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau 
syariat ini ibarat biji benih.

2. Tariqat.
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan secara istiqamah dan bersungguh-sungguh, difahami, 

dihayati. Ilmu [syariat] yang ada perlu dilaksanakan. Pengamalan ilmu ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia 
tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan
setengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi [syariat] hingga ia bercambah,
tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

3.Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik ke peringkat 

tariqat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya 
maka pokok itu akan menghasilkan buah.Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau 
pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar, maqam redha, maqam 
tawakkal, maqam tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu 
maqam sahaja [sebiji buah sahaja] atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam berbeza dari satu pokok 
yang sama. Hakikat juga adalah satu perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan
tariqat yang dibuat dengan bersungguh-sungguh, istiqamah, faham dan dihayati.

4. Makrifat.
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap 

kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia-Nya. 
Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al Arifbillah. Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan 
ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu terletak dalam kawasan lahir. 
Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke alam batin iaitu ke dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat 
bahawa peringkat syariat dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah untuk dicapai kerana ia 
hanya melibatkan usaha lahir. Tetapi untuk mencapai peringkat hakikat dan makrifat, ia agak lebih sukar dan lebih rumit.

Kesukaran ini ialah kerana pertama, ia memerlukan istiqamah dalam beramal dan kedua kerana ia memerlukan 

juga amalan batin atau amalan hati atau apa yang dinamakan hikmah. Amalan yang berhikmah ialah amalan 
yang dihayati dan dijiwai, yang mempunyai roh dan rasa-rasa. Tanpa kedua-dua perkara ini iaitu istiqamah 
dan hikmah, tariqat tidak akan dapat melonjak ke peringkat hakikat dan seterusnya ke peringkat makrifat.
Itu sebabnya ramai orang yang berjaya sampai ke peringkat tariqat iaitu boleh berilmu dan beramal tetapi 
tersekat di situ sampai ke tua tanpa dapat meningkat ke peringkat hakikat. Sudah beramal selama 50 hingga 
60 tahun tetapi tidak juga lahir akhlak dan tidak juga dapat mencapai maqam-maqam mahmudah. Dalam 
ertikata yang lain, mereka sudah beribadah berpuluh-puluh tahun tetapi ibadah mereka belum menghasilkan 
buah iaitu akhlak.

Istiqamah. 
Ini adalah salah satu syarat atau tuntutan untuk mencapai hakikat. 
Istiqamah ialah tetap dalam beramal. 
Amalan pula adalah amalan lahir dan ada amalan batin atau hati. Istiqamah itu perlu dalam amalan lahir 
mahupun amalan batin. Malahan istiqamah dalam amalan batin lebih dituntut.

Istiqamah dalam amalan lahir agak mudah. 
Ramai orang yang istiqamah dalam sembahyang, dalam berpuasa, 
dalam berzakat dan sebagainya. Ramai yang tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa. Tetapi istiqamah 
dalam amalan batin adalah lebih sukar dan rumit. Istiqamah dalam amalan batin ini ramai yang tidak mampu 
melakukannya walaupun sudah istiqamah dalam amalan lahir. 

Ramai orang cuba sabar tapi tidak istiqamah dalam sabar. 
Duit hilang boleh sabar. Sakit dan demam boleh 
sabar.Tapi bila orang kata nista dan menghina, tidak sabar. Bila isteri buat hal, tidak sabar.

Ramai orang boleh bersyukur. 
Dapat duit bersyukur, dapat pangkat bersyukur, dapat anak pun bersyukur 
tapi tidak mampu bersyukur bila dapat berbuat ibadah dan kebaikan, dan bila terhindar dari berbuat maksiat 
dan kejahatan.

Ramai orang boleh jadi pemaaf kalau yang meminta maaf itu kawannya, isterinya atau anaknya. 
Tapi kalau 
yang meminta maaf itu musuh atau seterunya, susah dia hendak maafkan.

Ramai orang boleh berbuat baik kepada kawannya, sanak-saudaranya, ibu dan ayahnya yang selalu berbuat 

baik padanya tetapi tidak sanggup berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat padanya.

Ramai orang boleh bertegur sapa dan bermesra dengan kawan-kawannya tetapi tidak boleh 

bertegur sapa dan bermesra dengan orang yang dibencinya. Begitulah seterusnya.

Sangat susah dan payah untuk kita beristiqamah dalam amalan hati. 

Justeru itu ia tidak dapat dijadikan pakaian atau ia tidak dapat mendarah mendaging. Itu sebab istiqamah itu, 
terutamanya istiqamah batiniah sangat dipandang besar. Ia dianggap satu keramat.

Ada hadis yang maksudnya lebih kurang ;
"janganlah kamu meminta jadi wali, tapi mintalah istiqamah"

Amalan yang tidak istiqamah tidak akan ada kesan apa-apa pada hati. Amalan yang istiqamah, walaupun 

sedikit akan tetap ada kesan pada hati. Ibarat air yang menitik ke atas batu, lama kelamaan batu itu akan 
terlekuk jua. Tetapi air banjir yang besar yang melanda batu sekali sekala tidak akan memberi apa-apa kesan 
kepada batu. Istiqamah adalah tanda ikhlas. Kalau sesuatu amalan itu tidak ikhlas, ia sukar untuk 
diistiqamahkan.

Seperti kata para hukama [ahli hikmah] ;
"Hidupnya [kekalnya] amal kerana ikhlas."

Dalam pada itu, istiqamah batiniah lebih memberi kesan kepada hati daripada istiqamah lahiriah. 

Itu sebabnya istiqamah batiniah lebih dituntut dan lebih utama. Ia adalah amalan hati dan kerana itu 
ia mempunyai kesan yang langsung dan terus kepada hati.

Hikmah.
Ia adalah syarat atau tuntutan kedua untuk mencapai hakikat. Hikmah di sini bukan bermaksud bijaksana. 

Kalau bijaksana, orang Arab akan sebut "Abqoriah". Hikmah di sini bukan bermaksud ilmu atau setakat faham 
ilmu sahaja. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu. Hikmah adalah rasa dan penghayatan. Ia adalah rasa yang Allah 
campakkan ke dalam hati.Untuk mendapat ilmu, kita boleh belajar. Tetapi untuk mendapat hikmah, ilmu mesti 
diamal. Baru ilmu itu bukan setakat di akal tetapi jatuh ke hati. Ilmu hati ini sahaja yang boleh mengubah dan 
menginsafkan orang. Kalau ilmu lahir itu dikendalikan oleh akal, hikmah pula ialah ilmu yang dikendalikan oleh 
roh atau hati. Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis ;

Maksudnya ; "Kalau kamu amal ilmu yang kamu tahu, Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah] yang kamu tidak 
tahu."

Untuk menjadi ulama itu senang. Tetapi untuk menjadi ahli hikmah sangat susah. Ilmu adalah apa yang kita 

belajar tetapi hikmah adalah apa yang Tuhan ajar kita
seperti dalam firman Allah ; 


Maksudnya ; "Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah]. 
Sesungguhnya Allah Mengetahui segala sesuatu." [Al Baqarah : Ayat 282]

Orang yang mendapat ilmu hikmah, dia mendekati nabi. Inilah dua perkara yang perlu dititik beratkan kalau 

sekiranya amalan hendak ditingkatkan dari peringkat tariqat kepada hakikat dan seterusnya kepada makrifat.
Ia memerlukan penglibatan hati dan rohani dalam ibadah dalam bentuk penjiwaan dan istiqamah terutamanya 

istiqamah batiniah di samping amalan lahiriah yang baik dan rapi.

Kalau hati dan rohani tidak turut sama beribadah, agak mustahil perkara ini boleh tercapai.
Untuk mendapat buah dari ibadah iaitu akhlak dan untuk mencapai maqam-maqam mahmudah, ibadah mesti 

ada roh, mesti ada rasa-rasa, mesti ada penjiwaan dan mesti ada penghayatan. Salahlah orang yang menafikan 
amalan hati dan amalan rohani dalam ibadah. Kalau amalan lahir sahaja dititikberatkan maka ia mungkin 
memadai di peringkat syariat dan tariqat iaitu pada peringkat ilmu dan amal. Memang itu kerja lahir. 
Tetapi untuk mendapat hasil dari ilmu dan amal tersebut dan supaya ibadah boleh mendidik hati, amalan 
lahir semata-mata tidak memadai. Dalam ertikata yang lain, untuk mencapai maqam hakikat dalam ibadah 
dan amalan, itu bukan lagi kerja lahir. Itu adalah kerja hati.


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/12/tertib-dalam-amalan-syariat-tarikat.html#ixzz2cCE4vC00

"Kunci" Yang Sama, Tafsiran Yang Berbeza

Agama merupakan suatu teka teki yang menjadi persoalan sehingga kini. Hampir semua agama mempunyai "kunci" yg sama cuma jalan penyampaian/cerita saja yang berbeza. 

Menurut ajaran Islam, imam mahdi akan muncul pada akhir zaman, menurut ajaran Kristian "the saviour@ Jesus akan turun pada hari kiamat, menurut ajaran Buddha sang penyelamat Maitraya akan muncul pada akhir zaman, menurut ajaran YahudiIlya a.s akan muncul pada kiamat dan menurut ajaran Hindu sang penyelamat dunia Kalvi Avatar yg menaiki kuda akan tiba. Tuhan kurniakan hambanya akal untuk berfikir siapakah watak yang di maksudkan dalam kitab kita (kebenaran). Kuncinya sama cuma pecahan berlaku kerana tafsiran masing2 berbeza....


Kita perlu memperhalusi agama kita sendiri, kenali dahulu lebih mendalam dengan agama kita sebelum turut mengkaji tentang agama yang lain. Kita juga terdapat namyak kekurangan dalam diri sendiiri.

Melayu & Islam

Melayu tanpa Islam akan jadi jahil.. Melayu tanpa Islam akan jadi jahat.. Melayu tanpa Islam akan jadi sesat dulu kini dan selamanya.. Melayu tanpa islam akan jadi kafir (ingkar pada perintah ALLAH).. Melayu tanpa Islam akan kekal dalam api neraka dulu kini dan selama-lamanya.. 

Islam tanpa melayu akan tetap sempurna, lengkap, adil, baik, menang dulu kini dan selamanya (sampai kiamat)


menyembah-nyembah ini ialah amalan orang Islam bukan orang kafir... amalan para Nabi... ini lah kerja para Nabi dan Rasul... sebab diturunkan segala Rasul.. ALLAH perintahkan kepada Rasul-rasul ini supaya pergi kepada umat dia..
(seruan berkata) ''...wahai umat-ku hendaklah engkau menyembah ALLAH, jangan sembah berhala..''

jadi menyembah ini memang lah tugas orang Islam sebagai hamba.. ayat menyembah dalam bahasa arab dipanggil ibadah, dalam bahasa melayu dipanggil nyembah.. 
bukan menyembah tok pekong (tokong)..? ‪#‎bukan‬
ALLAH suruh menyembah DIA, jangan sembah tok pekong.. 
''...hendaklah kamu semua menyembah ALLAH, dan jangan kamu sembah berhala''..


jadi ayat menyembah ayat orang beriman.. bukan ayat orang kafir.. 
kita balik dari surau/masjid itu balik menyembah la, sebab Nabi kata ''...hendaklah kau sembah ALLAH..'' jadi betul la kita kata balik menyembah.. dah yang Tuhan larang ''..jangan sembah berhala, tapi sembah ALLAH..'' 

cuma orang tak cakap la mari nyembah, sebab jadi pelik bunyi.. kenapa pelik..? pasal orang melayu, padahal ayat itu ayat yang biasa di dalam Islam...

jadi ayat menyembah, hak milik orang Islam... start pada zaman Nabi Nuh sahaja baru berlaku penyelewengan, ada pula yang pergi sembah berhala.. sampai kepada zaman Nabi Ibrahim semakin teruk, sampai kepada zaman Nabi Musa semakin teruk dah la.. zaman sekarang bukan sahaja sembah berhala, duit, menteri, raja orang sembah..

sembah ini bermaksud memperhambakan diri kerana seseorang..
siapa yang memperhambakan diri kerana ALLAH.. dia hamba ALLAH..
orang yang memperhambakan diri kerana ALLAH, rela susah kerana ALLAH.. dia hamba ALLAH..
hamba ALLAH ialah orang-orang yang taat pada perintah ALLAH..


Tentang Kaabah

SEJARAH KITA PERLU TAHU...(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi. TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH...

(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi.

Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah]. Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)).
"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"

Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

Langkah Demi Langkah Perancangan Perkahwinan

1) Tetapkan tarikh
Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung -  bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.

2) Kursus kawin

Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.

3) Tentukan konsep majlis

Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.

4) Buat bajet perkahwinan

Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.

5) Buat senarai jemputan

Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.

6) Pilih pakej perkahwinan

Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali  pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…

7) Tempah kad

Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat  nak hantar kad pulak.

8)  Shopping untuk barang2 hantaran

Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?

9) Memilih cincin

Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan

Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak

Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…

13) Tempah pakej canopy

Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.

Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!

Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!


Alangkah gembiranya si pengantin.... :-) 


Kos Kahwin 


Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 – Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 – Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 – Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 – RM 5,000.

Kos # 4 – Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh. Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard. 
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 – Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 – RM 600.

Kos # 6 – Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 – RM 2,500.

Kos # 7 – Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 – RM 500.

Kos # 8 – Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.

RM 500 – RM 1000.

Kos # 9 – Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 – RM 3000

Kos # 10 – Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 – RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.


Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 – RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 – RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 – RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa – apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 – RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 – 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lulpa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
= RM 36,050...!!!


Perkahwinan Paling Berkat Adalah Paling Murah Belanjanya !

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

■Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

■hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan.

■janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan.

■muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan

■jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang

■belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.
Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.

9 Ciri Wanita Jadi Pilihan Kaum Lelaki

1. Sikap Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan - Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian - Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan - Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara - Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri - Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin - Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona

Balqis Khairina : Keislamanku


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Inilah kisah seorang mualaf yg seringkali saya cerita pada sahabat sekalian. Kak Balqis yg membuka hati & minda saya utk pelajari ISLAM lebih mendalam (aku bukan muallaf). Hidayah itu milik Allah. Moga kita semua mendapat Taufiq & Hidayah drpd ALLAH. Amin...



Saat itu ana sebenarnya dah tahu jawapannya. Cerita di bawah ini menjadi rujukan ana utk melihat sebab utama dia tertarik dgn ISLAM. Tersenyum sendiri ana membaca. Memang benarlah sungguh sukar ingin mengambarkan keindahan ISLAM itu. Apatah lagi bila ALLAH berbicara terus dgn mereka yg terpilih mendapat petunjuk dari-NYA. Tapi itu hakikat yg hanya ALLAH sahaja ketahui. Ameen. Semoga catatan ringkas ini membawa HIKMAH kpd ana & kpd semua... 

Assalamualaikum & salam ukhuwah… 

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai diri saya. Nama saya BalQis Khairina Bte Madisin. Selamat dilahirkan pada 10 November 1988. Anak ke-7 dari tujuh orang adik-beradik. Saya mempunyai tiga orang kakak & tiga orang abang. Kakak ke-3 & ibu saya adalah seorang penginjil yg aktif. Manakala ayah saya adalah seorang yg pendiam tapi tegas dgn keputusan yg ditentukannya.

Dimulakan cerita, saya mula berminat utuk mengenali agama ISLAM selepas tamat aktiviti Khidmat Negara di Kem Sinar Jaya, Kota Belud pada tahun 2006. Ketika itu, saya amat tertarik & merasa tenang setiap kali zikir/nasyid Taubat kumpulan Raihan didendangkan pada setiap awal subuh. Satu perasaan yg tak dapat saya mengertikan. Semasa aktiviti budaya & sastera, saya sebagai pengurus persembahan telah berkenalan dgn ketua kumpulan kami yg bernama Mohammad Azlie Aidilidham Eli.


Selepas tamat Khidmat Negara, kami sering berhubung utk bersoal jawab mengenai agama sehinggalah pada suatu ketika, beliau telah memperkenalkan saya kpd bapa saudaranya yg lebih saya kenali sebagai Pak Cik Gidie. Beliau berasal dari Kg. Lingkudau, Ranau. Sejujurnya, saya tidak pernah berjumpa dgn beliau sepanjang saya menghubunginya.



Walau bagaimanapun, saya sering bertanyakan mengenai agama ISLAM. Alhamdulillah, banyak yg telah saya perolehi drpd beliau. Antara isu perbualan kami ialah mengenai adat & adab dlm agama Islam, tatacara pemakaian seorang muslim, rukun iman & rukun ISLAM, pengertian roh merentasi lima alam, ketuhanan & kesatuan, takdir, kiblat hati & kiblat sebenar, syurga & neraka juga sebagainya.

Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir utk memeluk agama ISLAM sebelum ini. Tambahan pula, dlm keluarga saya sendiri sudah ada perpecahan kpd dua mazhab kristian. Yg mana, telah menyebabkan keretakan dlm hubungan kekeluargaan kami.

Namun, entah bagaimana perasaan utk memilih agama sendiri & mengenali agama ISLAM semakin kuat dari hari ke hari walaupun saya sedar akan risiko yg bakal saya hadapi dgn keputusan tersebut. Saya juga semakin kerap menghubungi Pak Cik Gidie & beliau memahami hasrat saya itu. Namun, beliau meminta saya untuk berfikir & mempertimbangkan perkara itu terlebih dahulu.

Nak dijadikan cerita, tidak lama kemudian, saya telah mendapat tawaran utk menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan. Perkara ini saya utarakan kpd kakak ke-3 saya memandangkan beliau yg membiayai pembelajaran saya semenjak saya bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Keningau, Sabah (2004-2005). Walau bagaimanapun, beliau membantah hasrat saya utk menyambung pelajaran di situ. Hal ini menyebabkan pertelingkahan di antara kami memandangkan saya berkeras utk menerima tawaran tersebut.

Akhirnya, klimaks situasi itu amat menyedihkan saya krn kakak saya telah memutuskan hubungan adik-beradik di antara kami. Beliau berpendapat bahawa saya akan lebih jauh dgn agama & akan terpengaruh dgn suasana keduniaan sekiranya saya menyambung pelajaran di situ.

Buat pengetahuan semua, menurut agama yg dianuti oleh kakak saya, kami dilarang utk menyanyikan lagu² yg bersifat patriotik, menyambut hari lahir serta meraikan sambutan Hari Natal. Namun, utk kali pertamanya, saya telah bertekad dgn keputusan saya.

Kehidupan di KML, agak menekan perasaan saya. Apatah lagi, saya terpaksa bergantung terus dgn elaun yg saya perolehi memandangkan tiada sesiapa yg dapat membantu utk membiayai saya.


BAGAIMANA SAYA MENDEKATKAN DIRI DGN AGAMA ISLAM ?

Persoalan ini terjawab apabila secara tidak sengaja rakan sebilik saya telah ternampak tasbih yg saya simpan di dlm loker saya. Hal itu sudah tentu menimbulkan tanda tanya kpdnya. Tambahan pula, saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tertinggi dlm satu mazhab kristian di sini (KML).

Tidak lama selepas itu, saya telah mengikut rakan sebilik saya, Nurul Zuzilawati, ke surau buat pertama kali dlm hidup saya. Alhamdulillah, rupa²nya ada juga orang lain yg berminat utk mengenali agama Islam selain saya. Mereka yg saya maksudkan ialah kini bernama Nur Iman & Nur Waiz Jane.

Maha Suci Allah yg telah membuka pintu hati kami.

Namun, beberapa hari kemudian, saya didatangi oleh tiga orang ahli jawatankuasa dari mazhab yg sama dgn saya. Mungkin mereka telah mengetahui kegiatan saya yg semakin kerap ke surau dgn memakai tudung.

Dlm perjumpaan itu, mereka menasihati saya utk memikirkan kembali soal keselamatan. Mereka mengatakan bahawa orang Muslim sendiri tidak pasti sama ada mereka akan selamat atau tidak krn sering mengatakan ‘Alhamdulillah’ apabila ditanya soal keselamatan di akhirat kelak. Mereka seterusnya mengatakan bahawa orang Muslim juga tidak mengenali siapa Tuhan mereka sebenar²nya.

Sejak itu, saya telah mengurangkan kekerapan saya ke surau. Tambahan pula, saya agak sibuk dgn pembelajaran. Kadang² apabila ada masa terluang, saya ada juga berjumpa dgn Ustazah Norizan & Encik Megat (Felo).

Walau bagaimanapun, saya tidak lagi pergi ke gereja pada setiap hari Ahad walaupun mendapat ajakan drpd kawan² utk berbuat demikian.

Seterusnya, saya telah balik bercuti semasa cuti UPS semester dua. Pada hari terakhir ketika makan malam hampir selesai, saya telah mengutarakan hasrat saya utk memeluk agama ISLAM kpd kedua ibu bapa saya.


BAGAIMANA DGN PENERIMAAN MEREKA?

Berita itu amat mengejutkan mereka. Tergambar kepiluan di wajah ibu saya. Ayah pula nampak tenang. Namun, kemudiannya mereka menyatakan bahawa saya akan kehilangan mereka sekiranya saya tetap juga dgn keputusan saya. Ayah seorang yg pendiam, tapi setiap kata²nya ialah muktamad. Ayah tidak mahu saya meminta apa² bantuan drpd mereka lagi selepas saya memeluk ISLAM. Mereka menganggap bahawa saya telah membuang keluarga dgn cara demikian. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak mahu lagi mengambil tahu keadaan saya selepas itu.

Sebelum bertolak balik ke KML, sekali lagi ibu memarahi saya. Ibu mengatakan bahawa dia tidak mahu lagi mengambil tahu apa² berita mengenai saya. Ibu juga menyatakan bahawa sekiranya ada sesiapa di antara mereka atau saya sendiri yg meninggal dunia, mereka tidak mahu menjenguk atau membenarkan saya pulang. Ibu menghantar pemergian saya dgn tangisan yg panjang. Nenek juga menasihati saya utk melupakan agama ISLAM krn dgn memilih agama tersebut, ibu tak akan membenarkan saya lagi utk pulang ke kampung.

Apa yg mampu saya buat ketika itu hanyalah mendiamkan diri & menangis di dlm hati. Terasa diri begitu kejam krn menyakiti hati ibu bapa yg selama ini telah banyak berkorban utk membesarkan saya.

Walau bagaimanapun, jauh dlm hati saya masih lagi ingin meneruskan hasrat saya. Setelah berfikir & mempertimbangkan keadaan saya, akhirnya saya memutuskan utk memeluk agama Islam. Dgn demikian, saya sekali lagi menelefon ibu saya utk meminta kebenaran memeluk agama ISLAM. Sudah tentulah ibu saya berat hati utk membenarkan.

Apatah lagi sebagai seorang anak bongsu yg lebih rapat dgn ibu, ibu menyimpan harapan yg tinggi terhadap saya. Ibu mahu saya berkahwin dgn orang dari bangsa yg sama mengikut adat istiadat nenek moyang serta berhasrat utk menetap dgn saya apabila mereka sudah tua kelak.

Akhirnya pada 14 Februari 2007, saya telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan beberapa orang AJK Surau Al-Irfan di rumah Encik Megat & keluarga. Hal ini amat mengejutkan ahli keluarga saya yg lain. Beberapa hari kemudian, abang pertama & kedua telah menghubungi saya.

Abang pertama yg memang panas baran orangnya telah memarahi saya dgn teruk. Selain memaki hamun, dia juga mengugut utk mencederakan saya sekiranya dia terserempak dgn saya di mana². Dia melarang saya drpd meminta bantuan sesiapa dlm ahli keluarga saya sekiranya saya menghadapi kesusahan. Dia juga meminta saya utk meninggalkan agama ISLAM sebelum saya menukar nama. Malah, dia mengugut akan datang sendiri ke KML utk membawa saya pulang sekiranya saya tetap tidak mahu keluar drpd ISLAM. Abang mengharamkan saya utk menjejakkan kaki ke rumah di kampung krn baginya, saya hanya memalukan keluarga dgn memilih agama ISLAM. Al-maklumlah, di kampung saya belum ada lagi yg memeluk agama ISLAM yg bukan disebabkan perkahwinan seperti saya.

Berlainan dgn abang kedua saya, dia agak tenang dlm memujuk saya utk meninggalkan agama ISLAM. Dia mengatakan sesuatu yg menyentuh perasaan saya dgn mengatakan bahawa kalau pun saya berjaya suatu hari nanti, saya tidak ada sesiapa utk berkongsi kegembiraan. Apatah lagi sekiranya saya gagal, saya sudah tentu tiada sesiapa utk menumpang kasih. Sudahlah bersendirian, keluarga pun tidak mahu menerima diri saya lagi.

Oleh itu, dia meminta saya utk mempertimbangkan sekali lagi keputusan saya sebelum terlambat krn menurutnya, mereka tidak akan menerima saya lagi sekiranya saya tetap dgn keputusan saya. Padahal ketika itu saya memang sudah ISLAM.


APAKAH SAYA AKAN MENINGGALKAN AGAMA ISLAM ?

TIDAK.

Walaupun kesedihan tetap terasa, tapi saya cuba utk menyembunyikan perasaan tersebut. Sehinggalah saya merasa tertekan & meluahkan masalah saya kpd beberapa orang AJK surau. Mereka amat baik & prihatin.

Alhamdulillah, kini saya menetap di rumah keluarga angkat saya. Mereka sangat baik & prihatin dgn kebajikan saya. Sesekali apabila terasa rindu dgn keluarga, saya ada juga menghubungi ibu saya di rumah. Setakat ini, saya tidak pernah membohongi ibu saya mengenai perkembangan saya apabila dia bertanya. Ada ketika, perasaan sebak sering juga menghantui saya. Apatah lagi sebagai anak bongsu yg paling banyak menghabiskan masa di rumah, kenangan & perasaan utk menjenguk kampung halaman sering hadir dlm diri saya. Namun demi keselamatan, saya terpaksa menjauhkan diri drpd keluarga buat masa ini.

Tambahan pula sebagai seorang saudara baru, saya bimbang sekiranya pegangan saya terhadap agama ISLAM akan tergugat apabila berhadapan dgn ibu saya kelak. Ini krn ibu saya memang seorang yg rajin mengulangkaji Alkitab serta mengajar orang² mengenai Alkitab dari rumah ke rumah secara konsisten. Oleh itu, tidak mustahil utk ibu mematahkan keyakinan saya. Tambahan pula, ibu & kakak ke-3 saya memang agak taksub tentang hal berkaitan keselamatan & kehidupan kekal di akhir zaman kelak iaitu selepas Armagedon atau lebih dikenali sebagai hari kiamat.

Bagaimanapun, saya berharap bagi sesiapa yg membaca coretan ini tidaklah berburuk sangka pula dgn saya. Saya tidak bermaksud utk menunjuk² atau seumpamanya. Apatah lagi utk mengheboh²kan tentang pengISLAMan saya.

Namun, apa yg saya ingin kongsikan di sini ialah kita harus yakin bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Saya faham bahawa ada kalanya, kita merasa penat, sakit, sedih & sebagainya. Tapi, walau apapun keadaan itu, saya harap kita jangan sesekali menyalahkan takdir apatah lagi merasa kesal dgn ALLAH.

Saya sedar yg saya masih terlalu baru & belum ada pengetahuan & pendedahan mengenai agama secara terperinci. Tapi, saya yakin yg setiap di antara kita mesti ada keinginan utk mengubah diri menjadi lebih baik serta tergolong dlm orang² yg disayangi ALLAH. Justeru, sama²lah kita berusaha utk mendekatkan diri kpd ALLAH s.w.t. Apatah lagi kini kita sudah berada di akhir zaman. Amatlah merugikan bagi sesiapa yg merasa bahawa masih terlalu banyak masa utk berbuat demikian.

Mungkin esok atau lusa, kita akan menerima panggilan ALLAH s.w.t. utk kembali. Pada ketika itu, yakinkah kita yg pahala kebaikan kita sudah cukup utk kita bertemu dgn ALLAH s.w.t? Apakah kita akan tergolong dlm golongan hambaNYA yg soleh & solehah?

Fikirlah sejenak, sedangkan dugaan di dunia ini kita sudah mengeluh & merasa kesakitan, apatah lagi azab di neraka kelak yg lebih perit rasanya. Bermuhasabahlah selalu. Saya faham bahawa setiap yg indah & baik itu tidak akan mudah tercapai. Selalunya, akan ada yg menghalang iman & amalan kita. Maka di sinilah pentingnya agama.


Jangan diabaikan solat yg fardu itu. 

Jangan menjadi seperti saya sebelum ini (sebelum ISLAM), yg hanya mengingati ALLAH sekali dlm seminggu atau hanya pada masa² tertentu yg saya suka. Jangan terlalu bergembira seperti gembiranya syaitan menyesatkan akal & hati. Kembalilah selagi masih ada waktu. KEMBALILAH KE JALAN ALLAH s.w.t.

Sesungguhnya, betapa beruntungnya saudara/i krn telah ISLAM sejak dari lahir lagi. Telah mengenal alif, ba, ta, tha & berkawan dgn al-Quran sejak lahir ke dunia lagi. Saudara/i diajar utk mentaati & memuji ALLAH s.w.t. bersama iringan kasih sayang ahli keluarga. Betapa bertuahnya saudara sebagai ISLAM.

Akhir kata semoga dgn coretan saya yg tidak seberapa ini, kita sama² mendapat kebaikan & petunjuk utk berfikir kembali tentang makna diri kita sebagai ISLAM. Saya mendoakan agar kita semua tetap istiqamah dlm cara hidup ISLAM & merasai sendiri nikmat kemanisan IMAN. Sampai di sini utk renungan bersama.

Salam Ukhuwah & Salam ISLAM buat semua.

Wassalam...
Begitulah kisah yg ringkas. Membuatkan ana teringat kisah sedih bila mana pamannya Rasulullah s.a.w. yakni Abi Talib meninggal dunia. Walaupun sepanjang hidupnya membela Rasulullah s.a.w., namun hidayah tidak kunjung tiba sehinggalah dia meninggal dunia.

Benarlah hidayah itu milik ALLAH.

Kita sebagai manusia tidak berkuasa memberi hidayah kepada manusia lain. Apa yg mampu kita lakukan, berusaha & terus berusaha, dgn harapan hidayah itu akan tiba. Bukan utk mereka yg ingin mengenal cahaya ALLAH sahaja, tapi juga utk menjadi pengajaran kpd kita yg sudah mengenal ISLAM itu sendiri. [Ana dlm entri ini adalah Johan Muhammad, suami kak BalQis]

Fitrah Cinta

Jatuh cinta itu fitrah..

Ingin bercinta itu fitrah..

Jika fitrah itu dibawa dengan jalan yang benar,maka akan mulia..

Tapi jika dibawa ke jalan yang salah maka ia hina..

Ya Allah hadirkan cinta yang halal bagi kami..

Karena kami tak mau cinta yang tak pasti..

Jauhkan kami dari cinta yang sia-sia..Aamiin.
 
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata. Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
 
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. 
....When two hearts are meant for each other, no distance is too far, no time is too
long, and no other love can break them apart.

Cinta oh cinta: 15 Alasan Lelaki Ikat Janji

Mari kita sama-sama menelitinya.  Benarkah?

15 ALASAN LELAKI IKAT JANJI

Lelaki sering dikatakan tidak mahu mempunyai komitmen untuk mengakhiri hubungan sehingga ke jinjang pelamin.  Namun bukan semuanya begitu, ada juga yang mendesak untuk lebih cepat berkahwin.  Heater Formaini, penulis buku Men the docker continent mengungkap kebanyakan lelaki berkahwin untuk menikmati ketenangan dalam hidupnya dan memiliki kehidupan yang lebih seimbang.  Setelah penat bekerja mereka mengharapkan secangkir pengertian dan kehangatan daripada pasangannya.

Jadi tidak hairanlah jika lelaki menganggap isteri sebagai ibunya yang masih muda dan seksi untuk menguruskan hidupnya.  Berikut adalah antara sebab-sebab lelaki ingin menamatkan zaman bujangnya.  Jom kita tengok 15 alasan lelaki berkahwin.

1. Melengkapi hidup
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak ada insan istimewa di sisi.  Biarpun telah punya kerja dan harta yang banyak tetapi andainya tida ada seorang isteri kehidupan akan tetap hambar. 

2. Ingin diurus.
Lelaki memerlukan seseorang yang boleh membuatkannya selesa dan segala keperluannya disediakan dengan sempurna.  Ada yang menyiapkan kopi pada waktu pagi dan menyediakan makan malam untuknya setelah seharian bekerja. 

3. Bosan
Bagi lelaki yang telah berasa bosan puas mengecap pahit dan manis hidup membujang perkahwinan dikatakan cara paling baik untuk keluar dari kebosanan hidup.  Apabila berkahwin mereka bolehlah buka buku baru.  Segala yang pahit dibuang dan yang manis menjadi ingatan. 

4. Amat mencintai
Cintanya sudah terlalu besar untuk kamu dan hatinya menjadi semakin meronta-ronta untuk memiliki kamu sepenuhnya.  bgi memastikan kamu tidak akan sesekali berpaling pada lelaki lain dan pergi meninggalkannya jalan paling selamat adalah menikahi kamu.  Selain itu, dalam hati kecilnya menyedari bahawa si dia tidak akan mampu hidup tanpa dirimu. 

5. Sudah bersedia
Secara mental dan fizikalnya lelaki tersebut sudah bersedia untuk berkahwin.  Bukan mudah juga sebenarnya bagi lelaki untuk persiapkan diri untuk memasuki gerbang perkahwinan.  Maklumlah lelaki biasanya lebih lambat dewasa daripada perempuan, jadi untuk dia lebih berfikiran terbuka sebenarnya mengambil masa agak lambat.  Namun apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin maka dia sememangnya sudah benar-benar bersedia. 

6. Ingin punya keturunan
Seperti juga perempuan sebahagian besar lelaki menginginkan untuk mempunyai keturunan yang boleh dibanggakan.  Bahkan pada bangsa tertentu mempunyai keturuan adalah sesuatu yang wajib.  Ada juga yang merasakan tidak akan jadi lelaki selagi belum ada keturunan. 

7. Mengakhiri cinta tiga segi
Lelaki sememangnya dikenali dengan sikap romeo.  Pantang nampak perempuan cantik mulalah nak memikat.  Akhirnya memakan diri sendiri dengan terikat dengan cinta tiga segi.  Namun sehingga satu masa akhirnya dia akan sedar juga penat untuk membahagi cinta yang banyak dalam satu masa.  Oleh itu apabila bertemu dengan wanita pilihan cepat-cepat dia mengikat hubungan dengan perkahwinan. 

8. Penat bercinta
Bercinta lama-lama penat juga.  Mana tidaknya lagi lama lagi banyak ragamnya.  Bukan itu sahaja buang masa dan banyak wang akan akan dibelanjakan.  Setiap minggu kena keluar dating, belanja makan, tengok wayang kemudian bertengkar, cemburu, dan sebagainya.  Mereka yang telah rasa penat pasti akan cepat-cepat buat keputusan untuk berkahwin. 

9. Berasa serasi
Lelaki merasakan hubungan kamu dan dia seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi.  Punya minat dan hobi yang sama.  Tahu karekter masing-masing dan pandai menyelesaikan setiap masalah yang datang.  dia juga telah merasakan tida ada orang yang memahami dirinya selain dari kamu.  jadi atas alasan itulah si dia tidak teragak-agak mengambil kamu sebagai isteri. 

10. Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua.  Hal ini dipengaruhi oleh beberapa sebab antaranya orang tua sakit tenat dan ingin melihat hidup anaknya bahagia.  Atau sebab lain adalah orang tua yang cepat-cepat ingin mengendong cucu.  Selain itu juga ada orang tua yang merasakan hidup kamu serasi untuk hidup bersama keluarganya. 

11. Desakan kekasih
Kali ini bukan orang tua yang mendesak untuk bernikah tetapi perempuan sendiri yang mahu cepat berkahwin.  Setiap hari berjumpa pasti akan ditanya soalan bila mahu masuk meminang.  Tidak semua lelaki yang didesak untuk berkahwin berjaya mengelak.  Ada yang tidak tahan untuk mengelak akhirnya akur dengan permintaan kekaish.  Siapa yang tak sayang kekasih dek... 

12. 'Biological Clock'
Lelaki juga mempunya 'biological clock' tetapi waktu mereka berbeza dengan perempuan kerana fokus utama mereka pada pekerjaan.  Lelaki memang tidak ada hambatan 'biologis' seperti perempuan yang akan melahirkan anak tetapi sebahagian dari mereka tetap berasa bimbang apabila usia makin meningkat.  Jika usia empat puluhan baru berkahwin apabila mendapat anak sudah boleh dipanggil datuk.  Anak baru berusia belasan tahun tetapi ayah sudah menjangkau usia enam puluh tahun.  Harus diingat juga kajian menunjukkan usia lelaki lebih pendek dari perempuan. 

13. Tiba masanya
Tidak perlu risau sekiranya si dia masih tidak bersedia untuk memberikan komitmen kerana apabila tiba waktunya hati lelaki akan berubah dan ketika itu dia segera terfikir untuk menamatkan zaman bujang.  Tidak kiralah sama ada jodohnya adalah pilihan sendiri ataupun pilihan keluarga apa yang penting baginya adalah dapat mendirikan rumah tangga.  Oleh itu kamu tidak perlu memaksanya kerana itu boleh mengundan si dia berasa bosan dengan kamu. 

14. Kedudukan stabil
Kebiasaannya lelaki yang telah mempunyai kedudukan yang stabil ada kereta, rumah, kerja yang tetap dan simpanan yang banyak akan mula rasa sunyi apabila hidup bersendirian.  Oleh kerana itulah mereka mula terdorong untuk berkahwin dengan segera.  Sebab mereka merasakan hanya itu sahaja jalan yang ada untuk mengisi kesunyian tersebut.  Selain itu, mereka ini juga takut kalau hidup terus membujang pasti akan ada pisau cukur yang datang menggoda.  Silap-silap haribulan habis kopak duit simpanan... Sebab itulah lelaki sering menjadikan alasan mahu mengukuhkan kedudukan terlebih dahulu sebelum membina komitmen. 

15. Tidak ada alasan
'Suatu ketika saya menyedari yang saya harus berkahwin.  saya sendiri berasa hairan  keinginan itu muncul tanpa disedari.  Padahal sejak tahun lalu kekasih saya mengajak saya berkahwin, tetapi baru tahun ini hati saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga.'  Sitausi berikut lah yang sering berlaku berkahwin tanpa sebarang alasan mungkin jodoh sudah sampai.


Oleh itu,wahai lelaki-lelaki sekalian fikir-fikirkanlah.  Apa alasan kalian pula?  


Sumber: Remaja (Edisi 15 Januari 2006, ms 48-49)

Mencintai & Dicintai


Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita capai…..

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehidaripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya?

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak

Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai “. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti. Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah , ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak.

Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta…

“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….