Assalamualaikum & salam sejahtera.
Inilah kisah seorang mualaf yg seringkali saya cerita pada sahabat sekalian. Kak Balqis yg membuka hati & minda saya utk pelajari ISLAM lebih mendalam (aku bukan muallaf). Hidayah itu milik Allah. Moga kita semua mendapat Taufiq & Hidayah drpd ALLAH. Amin...
Saat
itu ana sebenarnya dah tahu jawapannya. Cerita di bawah ini menjadi
rujukan ana utk melihat sebab utama dia tertarik dgn ISLAM. Tersenyum
sendiri ana membaca. Memang benarlah sungguh sukar ingin mengambarkan
keindahan ISLAM itu. Apatah lagi bila ALLAH berbicara terus dgn mereka
yg terpilih mendapat petunjuk dari-NYA. Tapi itu hakikat yg hanya ALLAH
sahaja ketahui. Ameen. Semoga catatan ringkas ini membawa HIKMAH kpd ana
& kpd semua...
Assalamualaikum & salam ukhuwah…
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai diri saya. Nama saya BalQis Khairina Bte Madisin.
Selamat dilahirkan pada 10 November 1988. Anak ke-7 dari tujuh orang
adik-beradik. Saya mempunyai tiga orang kakak & tiga orang abang.
Kakak ke-3 & ibu saya adalah seorang penginjil yg aktif. Manakala
ayah saya adalah seorang yg pendiam tapi tegas dgn keputusan yg
ditentukannya.
Dimulakan cerita, saya mula berminat utuk mengenali agama ISLAM selepas tamat aktiviti Khidmat Negara di Kem Sinar Jaya, Kota Belud
pada tahun 2006. Ketika itu, saya amat tertarik & merasa tenang
setiap kali zikir/nasyid Taubat kumpulan Raihan didendangkan pada setiap
awal subuh. Satu perasaan yg tak dapat saya mengertikan. Semasa
aktiviti budaya & sastera, saya sebagai pengurus persembahan telah
berkenalan dgn ketua kumpulan kami yg bernama Mohammad Azlie Aidilidham
Eli.
Selepas
tamat Khidmat Negara, kami sering berhubung utk bersoal jawab mengenai
agama sehinggalah pada suatu ketika, beliau telah memperkenalkan saya
kpd bapa saudaranya yg lebih saya kenali sebagai Pak Cik Gidie. Beliau
berasal dari Kg. Lingkudau, Ranau. Sejujurnya, saya tidak pernah
berjumpa dgn beliau sepanjang saya menghubunginya.
Walau bagaimanapun, saya sering
bertanyakan mengenai agama ISLAM. Alhamdulillah, banyak yg telah saya
perolehi drpd beliau. Antara isu perbualan kami ialah mengenai adat
& adab dlm agama Islam, tatacara pemakaian seorang muslim, rukun
iman & rukun ISLAM, pengertian roh merentasi lima alam, ketuhanan
& kesatuan, takdir, kiblat hati & kiblat sebenar, syurga &
neraka juga sebagainya.
Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir utk
memeluk agama ISLAM sebelum ini. Tambahan pula, dlm keluarga saya
sendiri sudah ada perpecahan kpd dua mazhab kristian. Yg mana, telah
menyebabkan keretakan dlm hubungan kekeluargaan kami.
Namun, entah bagaimana perasaan utk
memilih agama sendiri & mengenali agama ISLAM semakin kuat dari hari
ke hari walaupun saya sedar akan risiko yg bakal saya hadapi dgn
keputusan tersebut. Saya juga semakin kerap menghubungi Pak Cik Gidie
& beliau memahami hasrat saya itu. Namun, beliau meminta saya untuk
berfikir & mempertimbangkan perkara itu terlebih dahulu.
Nak dijadikan cerita, tidak lama kemudian, saya telah mendapat tawaran utk menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan. Perkara ini saya utarakan kpd kakak ke-3 saya memandangkan beliau yg membiayai pembelajaran saya semenjak saya bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Keningau, Sabah
(2004-2005). Walau bagaimanapun, beliau membantah hasrat saya utk
menyambung pelajaran di situ. Hal ini menyebabkan pertelingkahan di
antara kami memandangkan saya berkeras utk menerima tawaran tersebut.
Akhirnya, klimaks situasi itu amat
menyedihkan saya krn kakak saya telah memutuskan hubungan adik-beradik
di antara kami. Beliau berpendapat bahawa saya akan lebih jauh dgn agama
& akan terpengaruh dgn suasana keduniaan sekiranya saya menyambung
pelajaran di situ.
Buat pengetahuan semua, menurut agama yg
dianuti oleh kakak saya, kami dilarang utk menyanyikan lagu² yg bersifat
patriotik, menyambut hari lahir serta meraikan sambutan Hari Natal.
Namun, utk kali pertamanya, saya telah bertekad dgn keputusan saya.
Kehidupan di KML, agak menekan perasaan
saya. Apatah lagi, saya terpaksa bergantung terus dgn elaun yg saya
perolehi memandangkan tiada sesiapa yg dapat membantu utk membiayai
saya.
Persoalan ini terjawab apabila secara
tidak sengaja rakan sebilik saya telah ternampak tasbih yg saya simpan
di dlm loker saya. Hal itu sudah tentu menimbulkan tanda tanya kpdnya.
Tambahan pula, saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tertinggi
dlm satu mazhab kristian di sini (KML).
Tidak lama selepas itu, saya telah
mengikut rakan sebilik saya, Nurul Zuzilawati, ke surau buat pertama
kali dlm hidup saya. Alhamdulillah, rupa²nya ada juga orang lain yg
berminat utk mengenali agama Islam selain saya. Mereka yg saya maksudkan
ialah kini bernama Nur Iman & Nur Waiz Jane.
Maha Suci Allah yg telah membuka pintu hati kami.
Namun, beberapa hari kemudian, saya
didatangi oleh tiga orang ahli jawatankuasa dari mazhab yg sama dgn
saya. Mungkin mereka telah mengetahui kegiatan saya yg semakin kerap ke
surau dgn memakai tudung.
Dlm perjumpaan itu, mereka menasihati saya
utk memikirkan kembali soal keselamatan. Mereka mengatakan bahawa orang
Muslim sendiri tidak pasti sama ada mereka akan selamat atau tidak krn
sering mengatakan ‘Alhamdulillah’ apabila ditanya soal keselamatan di
akhirat kelak. Mereka seterusnya mengatakan bahawa orang Muslim juga
tidak mengenali siapa Tuhan mereka sebenar²nya.
Sejak itu, saya telah mengurangkan
kekerapan saya ke surau. Tambahan pula, saya agak sibuk dgn
pembelajaran. Kadang² apabila ada masa terluang, saya ada juga berjumpa
dgn Ustazah Norizan & Encik Megat (Felo).
Walau bagaimanapun, saya tidak lagi pergi
ke gereja pada setiap hari Ahad walaupun mendapat ajakan drpd kawan² utk
berbuat demikian.
Seterusnya, saya telah balik bercuti
semasa cuti UPS semester dua. Pada hari terakhir ketika makan malam
hampir selesai, saya telah mengutarakan hasrat saya utk memeluk agama
ISLAM kpd kedua ibu bapa saya.
Berita itu amat mengejutkan mereka.
Tergambar kepiluan di wajah ibu saya. Ayah pula nampak tenang. Namun,
kemudiannya mereka menyatakan bahawa saya akan kehilangan mereka
sekiranya saya tetap juga dgn keputusan saya. Ayah seorang yg pendiam,
tapi setiap kata²nya ialah muktamad. Ayah tidak mahu saya meminta apa²
bantuan drpd mereka lagi selepas saya memeluk ISLAM. Mereka menganggap
bahawa saya telah membuang keluarga dgn cara demikian. Mereka juga
mengatakan bahawa mereka tidak mahu lagi mengambil tahu keadaan saya
selepas itu.
Sebelum bertolak balik ke KML, sekali lagi
ibu memarahi saya. Ibu mengatakan bahawa dia tidak mahu lagi mengambil
tahu apa² berita mengenai saya. Ibu juga menyatakan bahawa sekiranya ada
sesiapa di antara mereka atau saya sendiri yg meninggal dunia, mereka
tidak mahu menjenguk atau membenarkan saya pulang. Ibu menghantar
pemergian saya dgn tangisan yg panjang. Nenek juga menasihati saya utk
melupakan agama ISLAM krn dgn memilih agama tersebut, ibu tak akan
membenarkan saya lagi utk pulang ke kampung.
Apa yg mampu saya buat ketika itu hanyalah
mendiamkan diri & menangis di dlm hati. Terasa diri begitu kejam
krn menyakiti hati ibu bapa yg selama ini telah banyak berkorban utk
membesarkan saya.
Walau bagaimanapun, jauh dlm hati saya
masih lagi ingin meneruskan hasrat saya. Setelah berfikir &
mempertimbangkan keadaan saya, akhirnya saya memutuskan utk memeluk
agama Islam. Dgn demikian, saya sekali lagi menelefon ibu saya utk
meminta kebenaran memeluk agama ISLAM. Sudah tentulah ibu saya berat
hati utk membenarkan.
Apatah lagi sebagai seorang anak bongsu yg
lebih rapat dgn ibu, ibu menyimpan harapan yg tinggi terhadap saya. Ibu
mahu saya berkahwin dgn orang dari bangsa yg sama mengikut adat
istiadat nenek moyang serta berhasrat utk menetap dgn saya apabila
mereka sudah tua kelak.
Akhirnya pada 14 Februari 2007, saya telah
mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan beberapa orang AJK Surau
Al-Irfan di rumah Encik Megat & keluarga. Hal ini amat mengejutkan
ahli keluarga saya yg lain. Beberapa hari kemudian, abang pertama &
kedua telah menghubungi saya.
Abang pertama yg memang panas baran
orangnya telah memarahi saya dgn teruk. Selain memaki hamun, dia juga
mengugut utk mencederakan saya sekiranya dia terserempak dgn saya di
mana². Dia melarang saya drpd meminta bantuan sesiapa dlm ahli keluarga
saya sekiranya saya menghadapi kesusahan. Dia juga meminta saya utk
meninggalkan agama ISLAM sebelum saya menukar nama. Malah, dia mengugut
akan datang sendiri ke KML utk membawa saya pulang sekiranya saya tetap
tidak mahu keluar drpd ISLAM. Abang mengharamkan saya utk menjejakkan
kaki ke rumah di kampung krn baginya, saya hanya memalukan keluarga dgn
memilih agama ISLAM. Al-maklumlah, di kampung saya belum ada lagi yg
memeluk agama ISLAM yg bukan disebabkan perkahwinan seperti saya.
Berlainan dgn abang kedua saya, dia agak
tenang dlm memujuk saya utk meninggalkan agama ISLAM. Dia mengatakan
sesuatu yg menyentuh perasaan saya dgn mengatakan bahawa kalau pun saya
berjaya suatu hari nanti, saya tidak ada sesiapa utk berkongsi
kegembiraan. Apatah lagi sekiranya saya gagal, saya sudah tentu tiada
sesiapa utk menumpang kasih. Sudahlah bersendirian, keluarga pun tidak
mahu menerima diri saya lagi.
Oleh itu, dia meminta saya utk
mempertimbangkan sekali lagi keputusan saya sebelum terlambat krn
menurutnya, mereka tidak akan menerima saya lagi sekiranya saya tetap
dgn keputusan saya. Padahal ketika itu saya memang sudah ISLAM.
TIDAK.
Walaupun kesedihan tetap terasa, tapi saya
cuba utk menyembunyikan perasaan tersebut. Sehinggalah saya merasa
tertekan & meluahkan masalah saya kpd beberapa orang AJK surau.
Mereka amat baik & prihatin.
Alhamdulillah, kini saya menetap di rumah
keluarga angkat saya. Mereka sangat baik & prihatin dgn kebajikan
saya. Sesekali apabila terasa rindu dgn keluarga, saya ada juga
menghubungi ibu saya di rumah. Setakat ini, saya tidak pernah membohongi
ibu saya mengenai perkembangan saya apabila dia bertanya. Ada ketika,
perasaan sebak sering juga menghantui saya. Apatah lagi sebagai anak
bongsu yg paling banyak menghabiskan masa di rumah, kenangan &
perasaan utk menjenguk kampung halaman sering hadir dlm diri saya. Namun
demi keselamatan, saya terpaksa menjauhkan diri drpd keluarga buat masa
ini.
Tambahan pula sebagai seorang saudara
baru, saya bimbang sekiranya pegangan saya terhadap agama ISLAM akan
tergugat apabila berhadapan dgn ibu saya kelak. Ini krn ibu saya memang
seorang yg rajin mengulangkaji Alkitab serta mengajar orang² mengenai
Alkitab dari rumah ke rumah secara konsisten. Oleh itu, tidak mustahil
utk ibu mematahkan keyakinan saya. Tambahan pula, ibu & kakak ke-3
saya memang agak taksub tentang hal berkaitan keselamatan &
kehidupan kekal di akhir zaman kelak iaitu selepas Armagedon atau lebih
dikenali sebagai hari kiamat.
Bagaimanapun, saya berharap bagi sesiapa
yg membaca coretan ini tidaklah berburuk sangka pula dgn saya. Saya
tidak bermaksud utk menunjuk² atau seumpamanya. Apatah lagi utk
mengheboh²kan tentang pengISLAMan saya.
Namun, apa yg saya ingin kongsikan di sini ialah kita harus yakin bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Saya faham bahawa ada kalanya, kita merasa penat, sakit, sedih &
sebagainya. Tapi, walau apapun keadaan itu, saya harap kita jangan
sesekali menyalahkan takdir apatah lagi merasa kesal dgn ALLAH.
Saya sedar yg saya masih terlalu baru
& belum ada pengetahuan & pendedahan mengenai agama secara
terperinci. Tapi, saya yakin yg setiap di antara kita mesti ada
keinginan utk mengubah diri menjadi lebih baik serta tergolong dlm
orang² yg disayangi ALLAH. Justeru, sama²lah kita berusaha utk
mendekatkan diri kpd ALLAH s.w.t. Apatah lagi kini kita sudah berada di
akhir zaman. Amatlah merugikan bagi sesiapa yg merasa bahawa masih
terlalu banyak masa utk berbuat demikian.
Mungkin esok atau lusa, kita akan menerima
panggilan ALLAH s.w.t. utk kembali. Pada ketika itu, yakinkah kita yg
pahala kebaikan kita sudah cukup utk kita bertemu dgn ALLAH s.w.t?
Apakah kita akan tergolong dlm golongan hambaNYA yg soleh & solehah?
Fikirlah sejenak, sedangkan dugaan di
dunia ini kita sudah mengeluh & merasa kesakitan, apatah lagi azab
di neraka kelak yg lebih perit rasanya. Bermuhasabahlah selalu. Saya
faham bahawa setiap yg indah & baik itu tidak akan mudah tercapai.
Selalunya, akan ada yg menghalang iman & amalan kita. Maka di
sinilah pentingnya agama.
Jangan diabaikan solat yg fardu itu.
Jangan menjadi seperti saya sebelum ini (sebelum ISLAM), yg hanya mengingati ALLAH sekali dlm seminggu atau hanya pada masa² tertentu yg saya suka. Jangan terlalu bergembira seperti gembiranya syaitan menyesatkan akal & hati. Kembalilah selagi masih ada waktu. KEMBALILAH KE JALAN ALLAH s.w.t.
Jangan menjadi seperti saya sebelum ini (sebelum ISLAM), yg hanya mengingati ALLAH sekali dlm seminggu atau hanya pada masa² tertentu yg saya suka. Jangan terlalu bergembira seperti gembiranya syaitan menyesatkan akal & hati. Kembalilah selagi masih ada waktu. KEMBALILAH KE JALAN ALLAH s.w.t.
Sesungguhnya, betapa beruntungnya
saudara/i krn telah ISLAM sejak dari lahir lagi. Telah mengenal alif,
ba, ta, tha & berkawan dgn al-Quran sejak lahir ke dunia lagi.
Saudara/i diajar utk mentaati & memuji ALLAH s.w.t. bersama iringan
kasih sayang ahli keluarga. Betapa bertuahnya saudara sebagai ISLAM.
Akhir kata semoga dgn coretan saya yg
tidak seberapa ini, kita sama² mendapat kebaikan & petunjuk utk
berfikir kembali tentang makna diri kita sebagai ISLAM. Saya mendoakan
agar kita semua tetap istiqamah dlm cara hidup ISLAM & merasai
sendiri nikmat kemanisan IMAN. Sampai di sini utk renungan bersama.
Salam Ukhuwah & Salam ISLAM buat semua.
Wassalam...
Begitulah kisah yg ringkas. Membuatkan ana teringat kisah sedih bila
mana pamannya Rasulullah s.a.w. yakni Abi Talib meninggal dunia.
Walaupun sepanjang hidupnya membela Rasulullah s.a.w., namun hidayah
tidak kunjung tiba sehinggalah dia meninggal dunia.
Benarlah hidayah itu milik ALLAH.
Kita sebagai manusia tidak berkuasa memberi hidayah kepada manusia lain. Apa yg mampu kita lakukan, berusaha & terus berusaha, dgn harapan hidayah itu akan tiba. Bukan utk mereka yg ingin mengenal cahaya ALLAH sahaja, tapi juga utk menjadi pengajaran kpd kita yg sudah mengenal ISLAM itu sendiri. [Ana dlm entri ini adalah Johan Muhammad, suami kak BalQis]
Benarlah hidayah itu milik ALLAH.
Kita sebagai manusia tidak berkuasa memberi hidayah kepada manusia lain. Apa yg mampu kita lakukan, berusaha & terus berusaha, dgn harapan hidayah itu akan tiba. Bukan utk mereka yg ingin mengenal cahaya ALLAH sahaja, tapi juga utk menjadi pengajaran kpd kita yg sudah mengenal ISLAM itu sendiri. [Ana dlm entri ini adalah Johan Muhammad, suami kak BalQis]
No comments:
Post a Comment