Search This Blog

Martikulasi , Asasi , atau Diploma.

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.

Tetapi pembaca harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.

Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.

Pertengahan tahun 2008 – Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.

Pertengahan tahun 2009 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.

Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.

Pertengahan tahun 2011 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.

Pertengahan tahun 2012 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.

Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.

Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.

Pertengahan tahun 2015 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.

Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Sifu berharap, dari penerangan dan contoh yang sifu berikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan.


Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).

Which Type Of Photographer Are You?

Have a read of this three main types of photographer. By identifying one of them, you will quickly and easily be able to see how the information guides relates to you and how your chances of success vary according to the areas and topics of photography. You may find similiarities in more than one description, so make sure to read all of this advice as it will help greatly improve your chances of making money from your photographs.

BEGINNER Inexperienced Amateur )
You've been taking snapshots on a compact camera for a while, but havent have a DSLR for long. You have caught the photo bug and love taking pictures for anything and everything, but get frustrated that you dont have the all fundamental khowledge needed to take full control of your photos. So you often shoot in fully automatic mode when you want to be sure to get a decent shot, while experimenting with the various modes and learning from your mistakes. You regularly photoghraph your family, friends, and you try to dedicate some spare time to shooting interests, such as the garden, landscapes or potraits. In term of gear, you've got the basic:
an entry level DSLR with a kit lens, possibly a budget telephoto like the 55-200mm. You've a nice little gadget bag, a basic tripod but few if any specialist bits of kit like a flash gun. You rate your photographic skills'OK, but could do more', but among your many near misses, you've have some shots you rate as 'very good' to 'excellent'.

ETHUSIAST Advanced Amateur )
You've used a DSLR for a number of years and quite posibble owned a 35mm DSLR too. You rate yourself as a very competent photographer who know most, if not all, of the basic requirements to get a perfectly sharp, well-exposed image. You're recognised by those you know as a very good photographer and most likely have been asked not only for copies of your images, but also to take some shots of friends and family too. Your passion for photography is as strong as ever and while you've a good level of expertise, you crave new ideas, techniques and skills to learn, to help expand your talents. You don't earn significant amounts of moneys from your photos, but you've a strong idea that you could do based on comparing your work to others, from what you've been told and from your modest successess so far, which could involve shooting the odd weekend wedding to selling images on stock libraries.
You've a decent camera outfit based around a mid-range DSLR (with possibly an older , entry-level model as back-up). your lenses are all good quality and as well as a good standard zoom, you've a telezoom, an ultra wide-angle and possibly a specialist lens like a macro, as well as a 50mm f/ 1.8 and a creative option like a Lensbaby. You've a flashgun, sturdy tripod, a good quality gadget bag or backpack and quite possible have, or are thinking of getting, a lighting system. You are fairly competent in Photoshop and other digital techniques and print your best images on a high quality inkjet printer.

SEMI-PRO  ( Advanced Ethusiast )
You may not have a part time job as a photographer, but you know you have the creative skills and competency to make serious money from photography. Taking pictures is a major passion in your life and you rarely go out anywhere without your DSLR, as it would pain you to see a great photo opportunity and not to be able to capture it. For this reason, you own a  premium compact that you can carry around withyou for when a DSLR isnt practical. You want to live the dream of going pro but unfortunately, for whateveer reason, the time isnt quit right, but you have a rough plan and a strong desire to one day make a living as pro. You're skilled at most of the photo techniques, but read photo magazine for inspiration and ideas and to see how others earn a crust. You regularly enter photo competitions not only to try to win, but as challenge to help you improve your skills. You earn a modest but good income from the odd job, such as potrait or wedding shots, selling images to local businesses and from commissions from online stock libraries. You're on your second or third DSLR, having upgraded to a model you're now satisfied delivers the quality you need. You have  a good mix of lenses, with some if not all being premium optics. Among your f/2.8 zooms you have a 50mm, 100mm macro, a premium wide angle and maybe a teleconveter and/or set of extension tubes too. You've a decent  collection of photo accessories including reflectors, lighting, a remote release, a couple of tripods and gels/diffusers to use with your dedicated flashgun.